Popular Posts

Friday 3 June 2011

RAHSIA PENJIMATAN PENGHAWA DINGIN

 Adakah anda menggunakan penghawa dingin samada di rumah mahupun di pejabat milik sendiri? Jika YA, tahukah anda bahawa alat penghawa dingin ialah antara penyumbang terbesar penggunaan elektrik bulanan.

Statistik menunjukkan bahawa memang benar kerana ia diakui oleh SuruhanJaya Tenaga di dalam laporannya bahawa 50-60% penyumbang besar penggunaan elektrik ialah penghawa dingin.

Walaupun dari segi peratusan, mengikut kajian bahawa penggunaan peti sejuk adalah pengguna terbesar elektrik namun kadar cajnya tidaklah sebesar berbanding penghawa
dingin. Untuk pengetahuan anda bahawa adalah dianggarkan bagi sebuah penghawa dingin, kita perlu membayar sebanyak purata RM1.40 sen sehari. Jika sebulan dah berapa yer ?

Belum lagi di campur dengan penggunaan alat-alat elektrik yang lain. Oleh itu, adalah penting bahawa penggunaan penghawa dingin perlu diguna secara optima bagi mengurangkan
pembaziran dan meningkatkan lagi penjimatan bil bulanan.

Antara kaedah yang boleh diguna pakai adalah dengan menetapkan suhu antara 23C ke 26C untuk suhu yang selesa. Menukarkan suhu yang terlalu sejuk iaitu 20C kepada
24C boleh menjimatkan tenaga sehingga 33%. Tahukah anda bahawa penyaman udara biasanya menggunakan 25 peratus hingga 35 peratus daripada tenaga elektrik. Oleh
itu pilihlah penyaman udara dengan kuasa yang bersesuaian dengan saiz bilik.

Saya boleh syorkan pada anda jika nak membeli penyaman udara pilihlah penyaman udara yang mempunyai kadar kecekapan tenaga (Energy Efficiency Rating-EER) tertinggi,
iaitu dengan menggunakan tenaga yang lebih rendah. Dan biasanya jenis ini harganya tentulah lebih mahal berbanding jenis model biasa! Untuk pengetahuan anda, ada penyaman udara jenama tertentu yang mengunakan kaedah penjimatan tenaga dalam beberapa peratus.

Untuk penjimatan lagi, elakkan daripada meletakkan pemampat penyaman udara di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari. Paling baik letakkan ditempat teduh agar memudahkan compressor(pemampat) menjalankan proses kerjanya dengan cepat. Penapis haruslah diperiksa dan dibersihkan sebulan sekali. Ini boleh dilakukan sendiri dengan membuka unit indoor dan keluarkan penapis dan basuh dengan air bersih.

Terdapat juga pencuci khas untuk penapis yang ada pada unit indoor. Pencuci indoor ini ada yang dijual di pasaraya-pasaraya atau kedai servis aircond. Laburkan sedikit wang anda untuk mendapatkan kesan yang optima. Talian kipas dan keseluruhan penyaman udara harus diperiksa bagi memperbaiki sebarang kerosakan atau untuk
tujuan penyelenggaraan.

Ia juga dapat meningkatkan prestasi penyaman udara. Jika anda tidak tahu atau berasa malas untuk lakukannya dan jika anda mempunyai wang yang lebih tidak salah untuk dapatkan khidmat juruteknik penyaman udara terlatih untuk melakukan pekerjaan tersebut.

Monday 2 May 2011

Bila Air Cond anda perlu di service???

Setiap alat pengahawa dingin perlu di selanggara dengan baik agar penggunaan elektrik tidak melonjak tinggi. Apabila air cond anda tidak seperti biasa contoh nya kurang sejuk,angin yg keluar dari air cond kurang, maka ianya perlu di service. Jika tidak di service, kemungkinan akan menyebabkan sesuatu alat dalam air cond itu tidak berfungsi dengan baik dan akan meningkatkan pengguan elektrik. Penapis angin (filter) pada bahagian depan air cond mestilah di periksa dan dicuci 2 minggu sekali agar ianya sentiasa bersih. Pendek kata air cond ini mestilah berada dalam keadaan bersih agar ianya berada dalam keadaan yg baik dan sempurna pergerakkan mekanikalnya. Secara normal nya, air cond ini perlu di service 1 tahun sekali. Dibawah ini adalah beberapa bahagian air cond yang selalu tersangkut oleh habuk :

cooling coil

condensor (dibahagian out door)

blower ( in door)